KDB & Advokasi SK Kg Pasir Pandak
23 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Sabtu yang lalu, Pusat Internet telah dijemput untuk berganding bahu bersama dengan Pusat Internet Pasir Pandak dan Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi untuk Pelajar Sekolah Rendah Kampung Pasir Pandak. Program ini bertujuan untuk memberi sedikit penerangan kepada murid dan guru mengenai Pusat Internet dan kemudahan yang disediakan untuk masyarakat setempat. Selain itu juga, diselitkan beberapa elemen KDB seperti buli siber, berkongsi maklumat secara berlebihan, maklumat palsu, trolling dan cyber grooming. Taklimat ini bermula pada 8:00 pagi dan berakhir pada 11:00pagi. Taklimat ini dihadiri kira kira 98 murid dan guru sekolah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: